Tuesday, December 9, 2014

Gulai Kunyit Lengkuas Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi gulai kunyit lengkuas udang. Masaknya mudah je, kali ni saya guna resepi Kak Liza yg sememangnya ringkas dan sedap. Pada kwn2 yg pening nak masak udang tu, saya sarankan cuba resepi K.Liza ni, mmng sedap. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan- Bahan

  • 1 kg udang besar [bersihkan]
  • 2 cawan santan [1 biji kelapa]
  • 200 gm kacang panjang -Yatie guna kacang buncis[potong pendek]
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit [koyakkan]
  • 3 sudu besar minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar

  • 3 tangkai cili merah
  • 15 tangkai ciliapi
  • 3 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan dan asam gelugor. Masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
3. Bila pekat masukkan udang, kacang panjang, garam dan daun kunyit.
4. Masakkan sehingga pekat dan udang masak betul.
5. Hidangkan.

3 comments:

  1. Aduh mak aii Yatie... terlior tahap gaban dah ni.... nyummss

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak yati.,...memang faveret ni kalau mak saya masak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails