Wednesday, July 2, 2014

Pengat Labu dan Candil

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya kongsikan resepi pengat labu bersama candil. Mungkin ada yg pelik kan nama candil tu. Saya main ikut je apa yg mak cakap dan buat sblm ni. Alhamdulillah walaupun dah zaman moden skrng ni, anak2 saya tetap suka makanan orng dulu2.  Tak sangka Hamka yg kecil ni pun suka, kalau boleh dia nak yg candil hijau, kali ni saja tak letak pewarna sbb nak tngk putih suci bersama labu kuning tu. Bila dan berbuka semalam, Hamka sampai takmo makan nasi sebab dah kekenyangan. Dia suka betul makan pengat2 atau bubur2 mcm ni...Pada peminat menu mcm saya ni, bolehlah cuba menu mudah ni....mmng sedap..


Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 cawan air- utk uli tpng (tuang sikit2 ya masa uli doh)
  • Air secukupnya -  utk merebus bubur candil
  • 1 biji labu manis- sedang besarnya
Bahan Kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 3/4 cwn gula pasir 
  • 2 sudu besar gula merah- bancuh dngn sedikit air dan tapiskan
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-Cara
  1. Kupas labu sehingga bersih dan potong kecil/dadu besar. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan. Sementara tu dlm periuk lain didihkan air utk rebus doh candil.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm mangkuk.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dlm tepung. Gaulkan rata dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan menjadi bebola kecil dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, masukkan santan pekat, air dan gula pasir.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

7 comments:

  1. sy minat....labu sy minat...yg tpg tu pun sedap...candil...yes...lama tak sebut candil...

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa pengat labu. apatah lagi candil..huhu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pengat labu ni. Memang terliur tengok bulan puasa cengini.
    Nak buat sendiri tengah malas, nak pegi beli tengah hujan. Boleh tahan tengok gambar jer ler.

    ReplyDelete
  4. Ayunei bubur candilnya...enak ketoanei. ;)

    ReplyDelete
  5. sedap nampaknya tu kak.\
    rasa nak buat jugak la..
    cuma tak de geng labu tu.. candil aje pun sedap kan.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak dpt buat buka mmg sedap..patut pun hamka xnk mkn nasi...asz tgk pun dh kecur...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails