Wednesday, June 18, 2014

Sambal Siakap Bunga Kantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu simple tapi sedap sangat. Saya mmng suka kalau menu sambal2 mcm ni. Kali ni saya masak sambal ikan siakap bunga kantan. Sambal ni sungguh sedap dngn aroma bunga kantannya yg cukup harum. Sekali lagi resepi dari Mat Gebu, terima kasih ya Che Mat berkongsi resepi. Sebelum ni pun pernah masak sambal ni guna ikan kerisi, mmng best. Terpulang pd selera masing2 ya, yg penting sambalnya ada bunga kantan....mmng best. Jom semak resepi ni, cuba jngn tak cuba ya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 ekor ikan siakap sederhana besar- siang dan cuci bersih*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Garam secukup rasa*
  • Serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan bunga kantan untuk hiasan
  • 4 biji limau kasturi
  • minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 5 tangkai cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Secubit belacan
  • 1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api....
  3. Curah sambal tadi atas ikan goreng dan hias dengan hirisan bunga kantan dan hidangkan segera...hmmm.

5 comments:

  1. nak mencuba jugak la resepi ni...nampak sedap./

    ReplyDelete
  2. Bunga kantan.... semalam baru dapat anak pokok bunga kantan... da lama nak tanam... harap dapat hidup dengan jayanya...

    ReplyDelete
  3. dah ramai dah org up entry resipi ni.ehehehe.dh nk puasa puasa ni kan.nom3

    ReplyDelete
  4. Pergh merembes tengok gbr... tq for sharing!

    ReplyDelete
  5. assalam kak yati...ni ada aroma bunga kantan mmg syok mamam pinggan penuh rrr..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails