Monday, December 30, 2013

Roti Naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak meroti, tetiba teringinlah plk nak buat roti sendiri. Sebenarnya teruja tngk kwn2 di FB buat roti, jadi dlm malas2 tu nyempatkan jugalah mengadun doh roti ni. Kali ni guna BM, mudah je....Sebenarnya dah lama tak guna BM pemberian anak bujang saya, jadi hampir terlupa cara menggunakannya....terpaksalah belek2 BM dan buku panduan semula. Alhamdulillah berjaya jugalah buat roti. Saya buat roti simple je, makan roti cicah dngn air nescafe je...sedap juga. Esok2 kalau rajin nak meroti,barulah buat yg mcm2 sblm ni. Hari ni bagi mood meroti kembali dulu...barulah leh wat mcm2 jenis kan..Resepi boleh lihat juga diSINI. Terima kasih pada penyumbang resepi asal.





Bahan-bahan
  • 1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
  • 500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
  • 40gm susu tepung
  • 100gm gula kastor
  • 11gm yis atau sepeket yis 
  • 80gm marjerin@butter
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver 
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  3. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
  4. Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  5. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

4 comments:

  1. nampak sangat gebu dan comel2nye kejadian roti2 tu...teringin jugaklah nak buat

    ReplyDelete
  2. Gebusnyaaa... macam tuan dia... nk singgit!

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie.. elok gebu naik roti akak nih... terliur tun tengok

    **ps: selama ni xleh komen kat embedded komen blog akak nih, ni baru pandai tukar setting dh blh komen. hihi

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie..sekarang semua org bercerita tentang brg2 naik..tapi buat roti naik ni idea yg bijak jugakan? Kenyang perut....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails