Wednesday, December 18, 2013

Nasi Mentega Kismis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak nasi mentega kismis atas permintaan anak2. Hamka lah paling suka nasi ni sbb dia suka korek2 kismis yg ada dlm nasi tu. Klakar betullah tngk Hamka ni, sambil makan sambil kira berapa kismis yg dia dpt. Dah namanya budak, mmng mcm2 ragamnya....tak kisahlah kan asalkan dia berselera nak makan.
Lama tak masak nasi2 mcm ni. Biasa asyik nasi putih je. Kali ni saya masak nasi ni dan gandingkan dngn ayam masak sambal serai, ringkas je kan. Ulamnya makan dngn tomato dan timun jepun je...wallaaaahhhhh sedapnya. Walaupun ringkas tapi satu family makan bertambah2. Alhamdulillah...

Terima kasih pada Mat Gebu berkongsi resepi mudah ni. Izinkan sekali lagi akak kongsikan resepinya kat sini ya. Sebelum ni pernah juga buat di SINI, cuma lauknya je kita tukar ikut selera masing2. Pada yg belum cuba tu, bolehlah mencubanya...jom semak resepinya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam "Maggi"
  • 2 camca besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • 1/3 cawan kismis
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN HIASAN
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

7 comments:

  1. salam yatie, sedapnya akak tengok memalam ni nasi mentega ni macam nak makan lagi je, tapi dah berus gigi ni heheeee

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah..suka nya kesini,, meriah dengan resepi...salam kenal dari kak anna..

    ReplyDelete
  3. Alahai k.yatie...kalau dapat makan ni mau tambah 2-3pinggan...bak la sini sepinggan...hihihi

    ReplyDelete
  4. Mudah juga buat nasi kismes ni yatie... boleh cuba jugak ;)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..nak try masak ni

    ReplyDelete
  6. Sedapp,hari2 suami request nk mkn nasi mentega

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails