Tuesday, November 26, 2013

Karipap Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Karipap lagi hari ni, tapi bukan karipap pusing ya. Kali ni saya cuba resepi dari blog AlongRoz. Saya tertarik dngn resepi dohnya yg menggunakan campuran tepung gandum, tpng ubi dan tpng beras. Teruja dan tak sabar nak merasa karipap ni. Ternyata mmng sedap dan rangup je bila di goreng. Lebih istimewa lagi karipap ni tak berminyak walau dah goreng utk kali keduanya. Pada peminat karipap tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng puashati. Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.




BAHAN2:
  • 500gm Tepung gandum
  • 50gm Tepung Beras
  • 50gm Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cwn Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit
CARA2:
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kpd bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dgn minyak yg banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.

10 comments:

  1. Salam Kak... Comel sangat rupa karipap ni... Nanti² boleh share cara kelim yg betul tak? Saya tak pernah berjaya buat karipap tanpa acuan. Jelous je tgk karipap comel²... :

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Yatie...

    Pestaim tgk wesepi karipap gabungan 3 jenis tepung.cam sedapp je cam menarikk je...thanks share.harus cuba ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatie...

    Tengok gambar pun dah nampak keranggupannya. Teringin nak cuba buat jugak. Suka tengok, kemas dan cantik je yatie klim karipap ni.

    ReplyDelete
  4. Salam..wah terujanya nak cuba karipap 3 jenis tepung ni

    ReplyDelete
  5. Tq share resepi..
    Leh cuba gak ni hihi

    ReplyDelete
  6. Baru jumpa petang tadi, malam ni terus buat inti sadin je pun! Memang senang, ringkas dan sedap. TQ tt di atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  7. salam yati.saya dah cuba karipap ni.anak2 memang suka.thanks atas perkongsian ilmu.moga kita dpt bersilaturrahim,InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. terima kasih, teruja nak cuba resipi ni

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian resepi.

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bagus. Setiap orang ada resepi karipap yang tersendiri. Apapun kena praktik baru menjadi.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails