Friday, July 19, 2013

Soto Madura

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa lagi ni Soto Madura. Pernah makan soto mcm ni tak kawan? Biasanya kita makan yg kuah sup tu je kan, sesekali cubalah kuah lemak mcm ni, pastu tambah sikit sambal kicap..perghhhh...mmng sedap. Sebelum ni pernah buat di SINI dan di SINI. Kalau kawan2 teringin nak merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap. Jomlah semak resepi mudah ni.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula
Bahan di Kisar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air. Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto nanti.
  2. Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  3. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  4. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  5. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya.
  6. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  7. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.

5 comments:

  1. owh mama tiri kak lea pernah buat (dia orang medan).masa dia buat tu perghh harum dari dapur bawa ke depan...sedap ^^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...perghhhh ngancam...x pernah makan yanga da santan selalu yang sup jer...InsyaAllah masuk list dlu...

    ReplyDelete
  3. x penah lagi mkn yg berlemak gini...
    selalunya dgn sup biasa tu je...
    menarik je nampak

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie...
    Memang sedap soto nie...MA pun penah buat dulu...dah lama dah, masa buat jamuaan hariraya...masa tu MA bekerja lagi. Kawan kerja ajarkan,sbb suaminya orang Indonesia..
    Tuuuu kesah lama, ini ternampak soto Madura Yantie...nostagia lama kembali semula...Bila laaa agaknya dapat buat semula...huhuhu
    Nak minta cikit kat Yatie jauh sangat....

    ReplyDelete
  5. Salam yatie, kemarin kak buat soto meehoon Biasa Tuu.. Mulanya Ingat Nk Letak Santan Mcm yatie Buat Dulu2 Tu.. tp Kelapa X Cukup. 1 Masa Nnti Nk Juga Cuba Buh Santan.. Tadi Dah Komen Tup2 Hilang.huhuhu Kalu Ada Pasti 2 Hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails