Wednesday, July 17, 2013

Mee Rebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mee rebus ni menu berbuka puasa semalam. Hari ni masak ringkas2 je sbb ada majlis berbuka puasa di pejabat suami. Alhamdulillah ...
Resepi mee rebus mcm sebelum ni yg pernah saya buat. Kalau kwn2 teringin tu, bolehlah cuba ya. Hari ni terasa letih dan pening kepala sikit. Jadi tuan rumah nak berehat..kalau berkenan tu bolehlah cuba resepi mudah dan sedap ni. Satu family suka sangat mee rebus yg saya buat ni.Slmt mencuba kwn2 semua.



Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh ( buang akarnya, celur dan toskan)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • Cili merah dan Cili hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)
*UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
  • 4 biji keledek saiz sederhana( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 tangkai cili kering *- saya guna 4 sudu besar cili kisar
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk kari daging *(* bahan2 yg perlu di kisar halus)
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya
Cara-cara
PENYEDIAAN AWAL
  1. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  2. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
  3. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
UNTUK KUAHNYA
  1. Kisar bahan yang bertanda*
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  4. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  6. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  7. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS
  1. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  2. Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...

13 comments:

  1. Salam Kak yati...
    sedapppnya...nak kena cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...yatie wah..sedap nampak mee rebus tu...bile lah ada kerajinan nak buat ni...kena masuk list dulu...

    ReplyDelete
  3. salam kak yati.....huhu, serius terliur tgk mi rebus akak ni, tapi tu lah nak buat nanti kesian kat Bak,dia kan tak boleh makan daging...huhu... Satu lagi, gambar lawaa lahh...Talhah ke yang ambik?....

    ReplyDelete
  4. dari pandangan mata...menusuk ke hati..
    hahahha...mmg nampak sodappp ni kak

    ReplyDelete
  5. Tie, winginaney aku nggawe mee rebus, akibat kalangkabut arek buko, entek-entek'aney gambarey elek kabeh... walaaa orak sido melebu blog huwahuwaaaa kesel nggawe kuahnya...

    ReplyDelete
  6. Aslmkm Kak yatie..wah wah..meriah betol..

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie...terlio lihat mee rebus nie...Bila le boleh buat...
    Ambil resepi dulu ye... Gambar meenya cukup mengancam

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kak.. Lama x mkn. Tak pernah cuba buat pun. Tq resepi ye kak

    ReplyDelete
  9. kak tie....sedap bangat nie...
    belum berkesempatan lagi buat Ramdhan nie...
    btw pic gempak..cantik :)

    ReplyDelete
  10. mengancammnya mee rebus tu kak...

    ReplyDelete
  11. Mabelessss....yummy

    ReplyDelete
  12. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails