Tuesday, April 2, 2013

Ikan Siakap Panggilan Pulau


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Jangan terkejut ya dngn menu saya hari ni. Sebenarnya menu ikan ni saya masak minggu lepas. Kebetulan petang tadi bermandi manda di Teluk Chempedak, terus terpanggil2 utk n3 menu siakap panggilan pulau ni. Bila tepi pantai tu terasa nyaman je, terasa mcm2 ilham datang. Kalau betul2 mmng boleh karang sajak atau syair gitewww.

oklah, di sini saya nak kongsikan resepi yg sangat mudah tapi sedap sangat, rasanya seakan2 masak 3 rasa/masam manis juga tapi ada sedikit kelainan rasanya bila tambah kayu manis...mmng harum dan sedap sangat. Terima kasih pada Datin Lulu berkongsi resepi ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa kelainan resepi ni, bolehlah mencubanya....mmng terpanggil2 ke dapur punya dan tak sabar utk menikmati ikan siakap panggilan pulau ni. Resepi asal menggunakan ikan bawal, tapi saya guna ikan siakap. Terpulanglah pada selera masing2 ya.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap-cuci, toskan dan kelar2kan permukaannya
  • 1 sudu serbuk kunyit +1 sudu kecil garam-utk goreng ikan
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 biji tomato - dadu kasar
  • garam cukup rasa @ 1 sudu kecil kiub maggi cukup rasa
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cili kisar
  • minyak secukupnya
Bahan hiris dan tumis
  • 1 labu bwg besar
  • 4 biji bwg merah
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai - di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
Cara-cara
  1. Ikan yg siap di gaul dngn garam dan serbuk kunyit, hendaklah di goreng sehingga sedikit garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/4 cawan minyak dan tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, biar sedikit garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis - gaul sebati di ikuti 1/2 cawan air panas.
  4. Sesuaikan rasa garamnya @ masukkn maggi cukup rasa, apabila kuah @ sosnya sedikit pekat, masukkn tomato - kecilkn api. Biar kuah mereneh perlahan-lahan hingga tomato layu, tutup api.
  5. Curahkn kuah@sos ke atas ikan, dah siap,bolehlah di hidangkn panas2

5 comments:

  1. Salam kak yati..mula2 baca tajuk tu ingt pd cite p.ramlee panggilan pulau.....
    Mintak izin save resepi nya ye..

    ReplyDelete
  2. Wahh..unik nama dia, ada kuah yang pekat macam tu, mesti menjilat jari

    ReplyDelete
  3. perghhh, mmg menjilat jari la tgk ikan ni, sedappp...

    ReplyDelete
  4. Ohh lazatnya!!! Ada lebih tak?

    ReplyDelete
  5. Sedapnye. Kalau sy masak ntah hapa hapa je.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails