Thursday, December 13, 2012

Cucur Nasi Lemak Manis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur/jemput2 nasi lemak manis. Mulanya nak buat cucur nasi ikan bilis, tapi dlm hati teringin plk nak makan jemput2 kelapa. Dalam dok serbasalah tu, saya pun ambil keputusan utk buat jemput2 yg menggunakan nasi sejuk dan tambahkan kelapa parut...mesti lembut dan lemak manis rasanya. Hujan2 mcm ni mmng sedap pekena jemput2 panas2. Memang betullah...masa baru masak tu saya makan seketul, pastu seketul lagi dan seterusnya berketul2 lagi... Bila dah siap masak semuanya, perut pun dah kenyang. Dalam pada kenyang tu...terambil lagi seketul dan seketul lagi..dan lagiiiiii....mmng susah nak berhenti makan....sedap betullah...anak2 pun suka sangat, sampaikan dah tempah suruh buat lagi utk sarapan esok. Kalau kawan2 nak rasa tu..kenalah cuba..baru tau sedapnya macamana...jom semak resepi mudah ni...



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi sejuk*
  • 2 cwn air*
  • 1/2 cwn gula*
  • secubit garam *
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je*(*di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend bahan2 bertanda *.sehingga halus.
  2. Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. Tuankan bahan2 yg dikisar tadi.
  3. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kekuningan atau sehingga masak.
  5. Angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan.
  6. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

7 comments:

  1. resepi baru untuk saya...Insya Allah akan saya cuba...anak2 sukakan kalau maknya masak berlainan menu setiap hari..tq

    ReplyDelete
  2. mak saya pernah buat cucur nasi... lembutt.... sedapkan.....

    ReplyDelete
  3. Assalam Yatie.
    Sedap ni buat sarapan pagi.

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    kalau makan cucur kelapa tu mgg dah feel..kalau ada nasi mesti ada penambahan feelvlagi lah ye...terima kasih kongsi resepi...

    ReplyDelete
  5. cucur nasi + kelapa...teringat arwah mak tok sy...bau cucur arwah...semerbak satu kampung...;)

    ReplyDelete
  6. perghhhh..ni conpemm sedapkan yatie! hepi belated besday wat hamka ye..nk minta kek leopard mesti dh abihh kan..hehe!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails