Friday, November 2, 2012

Bingka Roti Kelapa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bingka roti ni saya buat petang tadi. Alang2 ada roti putih, saya pun buatlah utk minum petang. Lagipun kuih bingka mmng kegemaran kami sekeluarga. Kalau bahagian garing2 tulah yg menjadi rebutan. Kali ni saya cuba resepi dari Datin Lulu lagi, mmng tak menghampakanlah. Bingka roti kelapa ni sungguh sedap. Masa bakar dlm oven tu, semerbak je baunya. Resepi asal guna susu cair dan esen vanilla. Kali ni saya guna santan dan tambah perisa pandan. Macam biasalah, peminat tegar warna hijau...HAMKA.. makan kuih bingka ni banyak tawwww... Dia siap cakap dngn mamaNya suruh buat lagi kuih ni, padahal seloyang pun tak habis lagi ni.....agaknya berselera sangatlah tu...pastu warna kegemarannya...mmnglah dia teruja sangat.

Terima kasih pada Datin Lulu berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap tau...



Bahan-bahan ( loyang 8x8 inci )
  • *12 keping roti gardenia putih- apa jenis pun x kisah
  • *200 ml santan pekat
  • *400 ml air 
  • *4 biji telur
  • *1 cawan gula
  • *1 sudu kecil rata garam halus
  • *1 sudu kecil esen pandan
  • * sedikit pewarna hijau
  • *2 sudu besar tepung kastad 
  • *2 sudu besar butter-cair
  • 1/2 cawan kelapa parut-putihnya je
  • sedikit bijan@kelapa kering utk tabur di atas bingka 

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda*, kisar halus dan masukkan ke dlm mangkuk.
  2. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 
  3. Lenserkan sedikit butter di sekeliling loyang, panaskan sebentar.
  4. Tuang/ masukkan adunan kedlm loyang & tabur bijan/kelapa kering
  5. Bakar pada suhu 180'C, selama 1 jam atau sehingga masak.
  6. Biarkan kuih sedikit suam/sejuk bolehlah di potong & sedia di hidangkan.

7 comments:

  1. Salam yatie..Dah mlm baru sempat nk singgah.Lapar la pulak perut atie tgk bingka roti kelapa pandan nih!
    Mai sepotonggg...

    ReplyDelete
  2. sedap ni buat sarapan..
    hehe selamat pagi !

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kalo ada depan mata akk ni yatie, dh la hujan2. Kalo hamka suka maknanya mesti sedap sangat tu

    ReplyDelete
  4. Hujan-hujan & sejuk gini tersinggah pulak kat rumah Yatie... alahai Tie... nak tumpang makan 3 keping Tie, minta minuman panas secawan ye!

    ReplyDelete
  5. selalu makan bingka pandan..x pernah buat campur roti..thanks kak..SA amik resepi yer..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails