Sunday, July 15, 2012

Murtabak Maggie Mini

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua. Hari ni tak kemana2 sebab hujan, jadi saya hidangkanlah menu minum petang dngn murtabak maggie. Murtabak maggie ni sedap dan mudah pula membuatnya. Rasanya ramai kawan2 yg dah mencubanya, pada yg belum tu...cepat2lah buat sbb mmng sedap sangat. Makan panas2 berama sos kegemaran, mmng asyik gitewww. Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, juga buat penyumbang resepi asal Chef Zaidah dari majalah SEDAP....mmng betul2 sedaplah. Jom semak resepinya..pastu bolehlah cuba..



Bahan:- (utk 4 - 5 kpg saiz gambar di atas)
  • 2 bungkus maggie - dipatah-patahkan
  • 1 paket perencah maggie kari-Yatie letak 2
  • 4 biji telor
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • sedikit daun bawang - dihiris halus
  • 1 tangkai cili merah -buang biji dan cincang/hiris halus
  • 3 sudu besar daging kisar-Yatie tambah sbb dah siap utk buat inti, so guna jelah..
  • garam secukup rasa-tak perlu
  • sedikit minyak masak
Cara Membuat:-
  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan maggie dan masak hingga lembut. Toskan. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan lain kecuali minyak masak.
  3. Masukkan maggie tadi dan gaul sekata.
  4. Panaskan beberapa titis minyak dalam non-stick pan mini (*atau boleh jek guna kuali, ikut suka laahh), tuangkan adunan maggie tadi dan masak dengan api perlahan. Balikkan kedua-dua belah dan masak hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

7 comments:

  1. Selamat petang yatie,
    memang sedap murtabak maggie ni... kalau Amie buat, anak-anak dah beratur belakang kita dengan piringnya menunggu murtabak masak he he he hh

    ReplyDelete
  2. menu simple tetapi enak,kalau aku suka yg pedas2 jadi suruh puan bini taruh cilipadi potong kecil2

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa..family yana suka sgt murtabak megii..klu bln pose mmg slalu buat..mkn yg ni jer time bebuka..xyah mkn nasi dh ^__^

    ReplyDelete
  4. hehee selalu jugak kalau balik kampung, Mak sediakan murtabak megi ni keh3..

    ReplyDelete
  5. salam kenal Yatie, nmpak sedap murtabak maggi tuh, bleh la akak try utk bersahur nnti.. nk pancing slera 2 org knk2 rebina kt rmh nih.. susah btol nk sruh mkn pagi..hee..

    ReplyDelete
  6. lapar pulak pagi2nih tgk murtabak tu.. yummy... lama tak buat murtabak magginih.. nanti nak buatla

    ReplyDelete
  7. nak try jugak la! hehe..
    encik suami tunggu ya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails