Tuesday, July 26, 2011

Marble Banana Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Hari ni nak tayang muffin yg saya buat petang semalam. Sebenarnya saya nak buat muffin pisang, anak2 pula nak makan muffin coklat, jalan terbaik dan adil saya buatlah muffin yg ada perisa coklat dan pisang, adilkan. Semuanya gembira dan lakulah muffin saya kali ni. Resepi muffin ni saya kopipes dari Izah Muffin Lover, Kak Ummi juga dah buat muffin ni dan menurut Izah, resepi ni dari Rima. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.



Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak/mentega cair
  • 1 cawan pisang lecek kasar

  • 1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)
Cara- Cara
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
  4. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.
  5. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  6. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

13 comments:

  1. nampak sedap jek...
    nak2 pose nik bleh lar nk try buat...

    Gula Stevia: http://stevia-sugar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. uik...comey nya muffin nih...belang2 lagi... pasti sedap nih...

    ReplyDelete
  3. mas pernah try mapin ni..
    memang sedappppp.....

    ReplyDelete
  4. Assalam kak yatie,sy pon wat mapin pisang juga marin,wat kecik2 ajer,sng ank nak mkn,apa2 ajer yg berkaitan pisang mmg sedap kan kak..

    ReplyDelete
  5. sesekali tukar selera dgn mapin sedap juga kan yatie?..buat minum petang.minum dgn teh o panas..mmm sedapnya.

    ReplyDelete
  6. Idea yang bagus kan..sekurangnya tak bergaduh..heheh...comel nye mapin akak tu...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikumwbh kak yatie....mapin best ni!! Comey2 lak rupenya....nak kene try gak ni kak!

    ReplyDelete
  8. ganding pisang dengan coklat sememangnya sedap!!

    ReplyDelete
  9. sedap ni yatie..campak 10 ketul diseberang tambak ya..hehe

    ReplyDelete
  10. kak yatie nak muffin 2 ketui.. nak buat malas la.. hihihihi

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum Yati

    Gabungan pisang dgn coklat sudah pasti memikat hati anak-anak...!

    ReplyDelete
  12. Assalam Yatie...thanks ya ucapan tahniah tu..sama jugak harapan akak utk Yatie..mana tau kan.. Mufin tu mmg sedap...akak pun suka..teringat2 lgk rasanya... hehe

    ReplyDelete
  13. comelnya muffin tu akak... nampak sedaaap sgt...ada pisang lg.. mmg best tu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails