Friday, May 20, 2011

Kuih Kaswi 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih kaswi buat minum petang. Kuih ni tak banyak bahan2 dan mudah je membuatnya. Saya memang dari dulu, kini dan selamanya suka kuih kaswi ni. Sebenarnya saya mmng peminat setia segala jenis kuih atau kek yg di kukus. Saya suka sebab kuih/kek menjadi lembab dan sedap pada tekak saya. Kuih kaswi adalah merupakan kuih pertama saya buat masa zaman anak dara dulu. Sejak tu...asyik buat dan cari resepi yg guna kukus je. Ditambah lagi bila dah berumahtangga, mak saya belikan pengukus kuih...bertambah2lah minat saya nak cuba pelbagai jenis kuih yg menggunakan pengukus. Di situlah bermulanya sejarah saya, mengapa saya suka kuih apam, kuih talam dan kek yg di kukus. Sehinggalah saya di gelar Ratu Talam oleh teman2 blogger masakan, padahal saya ni bukannya pakar sangat...sekadar minat, suka makan dan suka buat kuih yg di kukus.

Oklah kali ni saya buat kuih kaswi menggunakan resepi dari Mat Gebu. Menurut Mat, resepi ni adalah dari Bro Rozan. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Saya juga pernah buat kuih kaswi guna resepi di SINI. Kali ni kuih kaswi saya gelap betul warnanya. Tak sangka guna gula merah cap bintang mmng elok gelapnya. Padahal sebelum di masak, cerah je warnanya seakan2 brown sugar. Kalau berkenan tu, bolehlah mencubanya....Saya nak sambung makan kuih kaswi ni, di tambah lagi makan dngn kelapa parut muda...walaweiiii sedapnya.




Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )


BAHAN A :-)
  • 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul

  • BAHAN B :-)
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat

  • BAHAN C :-)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
  2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
  3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

20 comments:

  1. salam ziarah kak yatie...sy ni kan sampai skrg x paham pasal tutup kukusan dgn kitchen towel tu.mcm mana ye kak? maksudnya letak aje tuala atas penutup di bahagian atas sekali tu ke atau di bahagian dalam?

    ReplyDelete
  2. salam yatie
    cantiknya kuih kaswi yatie ni..macam agar2 pun ada..akak pun nak buat jugaklah..sedap kan?..

    ReplyDelete
  3. sedapnya!! lama tak buat kuih kaswi ni..warna hitam yg menawan kalbu...:)

    ReplyDelete
  4. akak pun suka. Senang buat malam. Pagi2 dah boleh makan.

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie....

    Kuih fav husband kak cek ni....kak cek suka buat dalam acuan kuih lompang tu...senang nak makan....lama dah kak cek tak buat kuih ni...:)

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie.. bila tengok kuih kaswi ni..kita dah lama beli air abu..tapi belum sampai seru..ingat nanti petang nak buat la...

    ReplyDelete
  7. Assalam yatie sedapnya kaswi sy pun suke dah lamaa tak buat

    ReplyDelete
  8. mas pun tak menerai lagi kuih kaswi...
    selalu beli jerk...he..he...
    sedappnya tengok kaswi tu..

    ReplyDelete
  9. As'salam Yatie

    kalau kuih kaswi ni kat rumah k.ct semuanya suka. lagi2 yang bujang kecik tu. kompom lagi suka, siap kata suruh buat kaler coklat jer :)

    ReplyDelete
  10. diana x pernah buat lagi kuih nie... boleh try nie... tgk resipinya x ler susah sgt kan akak..

    ReplyDelete
  11. @nuwairani ismail
    wkmsalam, tq singgah sini..maksudnya bungkus penutup kukus tu dngn kain atau kitchen towel..ini utk mengelakkan air dari masuk ke atas permukaan kuih...

    ReplyDelete
  12. @anymz
    wkmsalam, buatlah kak..akak kan suka guna acuan lompang ni..suka tngk kuih akak yg comel2 tu...

    ReplyDelete
  13. @Nieza
    mmng sedap kuih ni..kali ni terlebih gelap pulak kuih kaswi akak..bergantung pada gula merah yg di gunakanlah..cubalah..

    ReplyDelete
  14. @Nieda
    betullah kak, arini lepas siap masak yatie terus buat...bila petang dah boleh makan..hehehe..

    ReplyDelete
  15. @cik cek
    wkmsalam, mmng senang guna acuan lompangkan...comel2 lagi....yatie wat 3 versi..

    ReplyDelete
  16. @Chik Mimi
    wkmsalam, mmng sedap sesekali layan kuih kaswi ni..kuihnya tak muak..

    ReplyDelete
  17. @Mas
    kalau kuih kaswi akak mmng tak beli, kalau beli selalunya lembik sangat..buat sendiri puashati dan puas makan...

    ReplyDelete
  18. @CT Delima
    wkmsalam, betullah kak, mmng sedap dan simple je kuih kaswi nikan...

    ReplyDelete
  19. @Diana @ Melley Mey
    kalau nak rasa tu, bolehlah cuba buat kuih ni..sedap dan bahan2 pun simple je..

    ReplyDelete
  20. Naz, kalau teringin tu bolehlah buat kuih kaswi ni...sedap dan tak muak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails