Sunday, May 29, 2011

Ayam kicap Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah makan ke belum? Tentu sudahkan, maklumlah dah hampir pkl 2 ptng, mestilah dah makankan. Hari ni saya masak lauk ayam kicap berempah. Masakkan ni mudah je, yg penting sedap. Resepi kali ni saya C&P dari Dayang Jack. Terima kasih DJ kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Kali ni saya masak seekor ayam dan bahan2 rempah perlulah di tambah ya.


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 1 sudu makan cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit kerisik - jika suka
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Perapkan ayam bersama 1/3 daripada bahan kisar, lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar selebihnya hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam dan kacau. Biarkan ia kering sebentar. Selepas itu, barulah ditambahkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan kerisik, daun sup, garam, gula dan air asam jawa. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan ia merenih sebentar.
  5. Hidangkan bersama nasi panas. Sedaappp!

10 comments:

  1. salam yatie..

    sht ker??..lm x borak sini. adehh...bl nmpk ayam berempah ni trasa lapo plak dah...padahal ari ni cuti masak n mkn donut jer...hehe.

    trm ksh yer yatie krn sudi mencube resepi ni. lebiuu!

    psst! kte bekenanlah dgn kuih talam sagu tuu..alahai...kene beli sagu dulu... tq dear

    ReplyDelete
  2. akak...ayam ni peberet anak2 mas tau..
    selalu gak mas buat..
    sedappkan ayam ni...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya suka makan ayam beraneka resepi dan yang lebih elok apabila dituang minyak zaitun Palestine untuk menambah khasiat.

    ReplyDelete
  4. salam yatie..wahh nmpk sedap ayam tu.mkn ngan nasi panas mmg best

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie!! kita dtg petang2 ni akak masak apa tuk minum petang?? nak tumpang sekaki tau! jgn lupa kita tau! :D ayam berempah ada lg tak kak? nak buat dinner :D

    ReplyDelete
  6. salam dihari minggu kak, ayam berempah ni memang sedap...suka banget..hehe

    ReplyDelete
  7. As'salam Yatie

    kak ct memang suka lauk2 macam ni jer yatie, dari lauk2 yang banyak sangat rempah2. tapi kan kalau makan dengan nasi impit pun sedap gak ni, kena berkuah sikit ler.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Salam kak.. Bawa mangkuk nak tapu buat dinner hihi..:) ada lagi tak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails