Wednesday, November 3, 2010

Pau Kari

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dah sarapan ke belum? Hari ni saya makan pau lagi. Semalam saya masak inti kari keledek yg banyak utk karipap, jadi saya ambil separuh utk buat inti pau. Suami dan anak2 suka sangat pau kari ni. Kalau kwn2 nak buat tu terpulanglah pada selera masing2 ya. Ikut inti kegemaran masing2. Pau ni sangat lembut dan sedap. Saya C&P dari K.Ummi dan K.Ummi dapat dari rumah Kak Jun. Terima kasih pada akak2 yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Mari kita lihat bahan2nya.



Bahan:- (lebih kurang 20 biji)
  • 12gm yis (1 paket/3 sudu kecil yis)
  • 3 sudu besar air utk di bancuh bersama yis
  • 500 gm tepung pau/hong kong flour
  • 4 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 220 ml air (saya guna 250 ml)
  • 6 sudu besar gula
  • 5 sudu besar shortening
  • Inti kesukaan - saya letak inti kari keledek
Cara-Cara:-
  1. Campurkan yis dan air, kacau. Biar selama 15min.
  2. Ayak tepung dan double action baking powder.
  3. Masukkan garam n gula, gaul rata. Buat lubang di bahagian tengahnya.
  4. Letak campuran yis tadi n gaul rata.
  5. Masukkan air dan gaul rata.
  6. Masukkan shortening n uli hingga jd doh yang licin dan tidak lekit di tangan. Tutup n perap selama 1-1 1/2 jam.
  7. Kemudian keluarkan adunan dan tumbuk2 dan uli sebentar.
  8. Ambik doh, letak inti dan bulatkan. Letak atas kertas minyak yang dipotong kecil2...rehatkan selama 15min.
  9. Kukus selama 12-15 minit. (*akak balut tutup pengukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan wap dari terkena pau)
** Angkat loyang pengukus bersama penutupnya.....biarkan 5 minit barulah buka penutupnya. Kuih pau kelihatan cantik dan tak ada yg kecut. Selamat Mencuba.

8 comments:

  1. salam
    rajinnya yatie buat pau..akak jarang buat hehe..sbb hasilnya tak segebu yg dibeli kat kedai/R&R...

    ReplyDelete
  2. SALAM YATIE AWALNYE MASUK DAPOOO...kita tukar sarapan nak tak? kek karamel dgn pau gebusss

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie...
    wawawaaa..rajinnya akak mengepau....saya rasa last buat tahun lepas tak..haha punya lah lama, dah berkurun...

    ReplyDelete
  4. salam yatie,rajin nya menguli..akak ni kan,dah lama tul beli tepung pau tu,entah bila lah nak buat..heeee..malasnya..hihi

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    gebunyer nengok pau akak! cantik jerk tak berkedut..ishhhh.. macam nak buat nengok lama2..

    ReplyDelete
  6. salam kak..mai nk mtak pau kak utk bkpes niii..nk 5 bjik ye kak..rjin snguh kakak kita ni msk mcm2..bestnya klu duk sblah umah akak kan..hehe..

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie....semua yang ada kat dapur Yatie sering menggangu tidor Akak....dok melayang depan mata....tapi hari ni Akak buat lagi kuih lapis [pisang....hehehe...jom kita kongsi juadah nak tak?

    ReplyDelete
  8. Salam Yatie,
    rajinnya Yatie buat pau, akak tak pernah buat sebab rasa macam leceh je

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails