Friday, November 12, 2010

Acar Mentah

Salam dan bertemu kembali. Inilah resepi acar mentah yg saya buat utk di makan bersama nasi dagang. Sekali lagi saya C&P dari Mat Gebu....terima kasih Mat utk resepi yg sedap ni.


BAHAN-BAHAN ACAR MENTAH :-)
  • 1 biji timun, disagat
  • 1/2 biji lobak merah, kupas dan sagat
  • 1/4 bahagian kobis sederhana besar, hiris halus
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 biji cili merah, hiris halus
  • 1/4 cawan cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
UNTUK ACAR :-
  1. Satukan semua bahan2 acar, perasa kan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis, masam dan sedikit masin).
  2. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.
  3. Hidangkan bersama nasi dagang.

2 comments:

  1. assalamuallaikum...salam kenal..kak anna suka tgk blog yatie ni..bnyak idea utk msak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails