Friday, October 29, 2010

Kari Ikan Pari Kerisik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah lauk kari ikan pari kerisik yg saya masak utk makan tengahari. Biasanya saya masak asam pedas je, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi kari ikan pari kerisik. Resepi asal adalah dari Mat Gebu yg sememangnya pakar memasak tu. Kalau pergi rumah Mat....macam2 ada kat sana. Kari ikan ni lain sikit rasanya, sedap yg teramat sangat sebab ada rasa belacan dan kerisik. Gabungan keduanya membuatkan kari ikan pari kerisik ini begitu istimewa sekali. Bila petang saya buat pula lempeng utk di cicah bersama kuah kari ni....nak buat roti jala tiada kerajinan waktu ini. Terima kasih pada Mat kerana berkongsi resepi yg sedap ini, izinkan akak C&P resepinya di sini ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 700 g ikan pari, potong sederhana besar
  • 1 biji terung
  • 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
  • 1 biji cili hijau, belah
  • 1 biji cili merah, belah
  • 1 camca besar kerisik
  • 400 ml santan
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama "Baba's")
  • 700 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan
  • 2 biji cili merah
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 camca teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1/2 inci halia, dititik
  • 1/2 inci lengkuas dititik
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan.
  2. Terung dibuang sedikit kulit, belah 2 dan potong setiap belahan kepada 3 bahagian, rendam dalam air. Rempah kari dicampur dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah rempah kari dan kacau, masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga garing.
  4. Tuang air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan. Tambah asam gelugor. Masukkan terung dan tuang santan. Kacau dan masak dengan api sederhana. Bila terung lembut sedikit, masuk tomato, cili merah/hijau belah dan kerisik. Tambah garam/gula secukup rasa.
  5. Masak 1 - 2 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ulam2, sambal belacan dan lauk2 lain....

3 comments:

  1. wah,ikan pari masak kari. pestime tgk. slalu masak asam pedas jek...leh cuba ni kak yati

    ReplyDelete
  2. akak sedapnye ikan masak kari....trus rasa lapar...lunch kena cari kari ni....huhuhu

    ReplyDelete
  3. x prnh mkn ikan pari masak kari... selalunya asam pedas aje...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails