Monday, July 26, 2010

Sup Tulang Hadnyai

Salam dan bertemu kembali. Ini pula menu sup tulang hadnyai. Resepi asal menggunakan ayam dan saya tukar pula pada daging/tulang...mmng lagi sedap. Resepi asal boleh di lihat di sini.


BAHAN - BAHANNYA
  • 800 gm tulang/daging
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
  1. Daging di bersihkan, cuci dan toskan. Rebus sehingga empuk.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
  3. Masukkan tulang/daging tadi dan gaul rata. Masak hingga daging kecut kurang lebih 5 minit.
  4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga daging masak.
  5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....

9 comments:

  1. perghhhh memang nampak sedappp .. kalau rajin buat lagilahhh sedappp kannn :))

    ReplyDelete
  2. yatie..izikan ambik resepi ye..meamng akak tak pernah buat sup tulang guna serai dan lengkuas..
    akak memang suka sup tulang..tapi asasnya..yang biasa aje..bawang merah.putih dan halia..dan ikut petua kawan..nak bagi sedap..masukan..2 sudu budu..

    ReplyDelete
  3. kak yati, sup tulang semangkuk..mangkuk besar tau, sedap sangat tengok sup akak tu...rasa nak hirup jer kuah sup tu....

    ReplyDelete
  4. salam yatie,
    satu hari nanti mesti nak cuba sup ayam hadyai ni..ramai dah cuba mesti sedapkan..

    ReplyDelete
  5. tingggg tongggg
    ada rumah tak..jgn2 g cutiii..
    nak minta semangkok buat berbuka ptg ni selasa 15 syaaban..emmmm terliuqq tgok

    ReplyDelete
  6. salam yatie.
    akk penah buat sup hadnyai ni tp gunakan ayam. rasa sup ni seakan-akan tomyamkan. mmg sedap part hirup kuahnya yg panas2 tu. hehe...

    ReplyDelete
  7. salam...bestnyer sup tulang. sepjg kawen ni, zla blom penah buat sup tulang neh...heheh

    ReplyDelete
  8. untuk menambah rasa sup tulang ni rebus dlm presure cooker dlm 20 minit je .. rebus bersama lengkuas, halia di ketuk, serai, bawang merah belah empat, bawang putih diketuk dan lada hitam biji.
    masa nak masuk rempah yg digoreng tu .. letak sekali daun limau purut .. try buat sure lg sedap.. nk kasi umph lg letak pek sup siam bersama dgn sos lada hitam ..mmg sedap..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails