Saturday, June 19, 2010

Ubi Ungkep

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Dah sarapan ke belum? Tentu sarapan yg sedap2 rasanya. Hari ni saya nak n3 tentang ubi ungkep yg saya buat pagi tadi. Biasanya saya rebus, goreng atau di buat kuih je dngn ubi ni. Hari ni saja je nak makan ubi ungkep seperti yg mak saya masak masa kecik2 dulu. Lama tak makan ubi yg sedap seperti ini, kebetulan saya nampak resepi yg sama ini di rumahAyu dan resepi asal adalah dari Cikgu Zana. Kalau kawan2 nak tau rasanya tu bolehlah cuba resepi yg mudah ni....jom kita tengok bahan2 yg di perlukan.



Bahan-Bahan
  • 1 kg ubi- dipotong seperti nak merebus dan bersihkan
  • 4 sudu besr ketumbar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • segenggam ikan bilis*-lagi banyak lagi best
  • sedikit kunyit/serbuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Caranya
  1. Tumbuk bahan*.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan* dalam kuali hingga berbau harum dan masukkan garam.
  3. Masukkan ubi dan gaul rata. Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi dan sedikit gula.
  4. Tutup kuali dan biarkan sehingga empuk. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  5. Kacau perlahan sehingga air ubi kering, tutup api.

6 comments:

  1. Salam kak yatie! kita peliklah kat US ada ubi?? huh! kat sini akak tahu, kita tak pernah jumpa ubi seketul seketul gitewww tp pokok ubi kita byk kali jumpa! yg pelik kat kedai2 pasar2 boleh tak de org jual! haih! geram betulll! lama betul tak makan ubi huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Ika=> wkmsalam, akak beli kat Vietnam market yg banyak jual barang2 asia kat sini...kat situ ada daun pandan,daun kesum,daun limau,daun pisang, keladi dan mcm2....kalau kat pasaraya US mmng takdelah..

    ReplyDelete
  3. heheheh.. nak ker ubi ?? meh saya tolong courier kan...

    ReplyDelete
  4. Salam yatie...
    Dah 3 x singgah sini baru kali ni tinggalkan jejak.... tu pun tak tahan tengok ubi ungkep ni... teringat kecik2 dulu mak akak selalu buat!!!

    ReplyDelete
  5. PearlnScarf=> boleh je....kat sini pun ikut masa2 gak ada ke tak ubi tu....

    Blogwana=> wkmsalam, betullah..Yatie pun teringat,kalau mak yg masak ubi ungkep ni sedap betul rasanya...

    ReplyDelete
  6. As-Salam Yatie, K.lina dah cuba ungkep ni, memang sedap.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails