Thursday, June 17, 2010

Sup Tulang Pedas Masam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak sup tulang pedas masam. Dah lama saya nak masak sup yg rasanya masam2 dan pedas ala2 mcm sup thai tu. Kalau makan kat kedai, teringat2 je rasanya yg pedas dan masam tu walau tak letak sambal kicap. Hari ni saya cuba resepi dari DJ...mmng tak mengecewakan, sedap sangat. Bagi penggemar sup tulang tu, bolehlah mencubanya sendiri. Izinkan saya C&P resepinya di sini ya akak...terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni.



Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu
  • 1 sudu makan perencah sup (tak letak pun ok)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • Bawang goreng
  • Daun sup/daun bawang
  • Air secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan air, perencah sup, tulang dan garam.
  2. Rebus hingga empuk. Barulah dimasukkan jus limau nipis, gula, bawang besar dan cili padi. Masak lagi untuk beberapa minit.
  3. Setelah masak, hiaskan dgn daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

4 comments:

  1. salam yatie...emm sedapnya sup tulang tu...ima memang suka kalau sup tulang...lain kali bolehlah cuba sup pedas ni...

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!! sedapnyer sup tulang tu! nak kena plan buat esok tak pun ahad sbb tulang lembu kita byk tuuuu :D ni kita bwkkan serimuka, jap g nak kuar semalam pun bz lah kak tak sempat nak BW umah kawan2 huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ima=> wkmsalam, cubalah mmng sedap guna resepi ni..

    ReplyDelete
  4. Ika=> wkmsalam, mmng sedap sup tulang ni...klau buat tu bagi akak rasa ya...nah akak tapaukan utk Ika sup ni...akak pulangkan mangkuk yg Ika bagi serimuka tadi...thanks ya...sedap sangat...hi3..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails