Saturday, May 8, 2010

Pajeri Nenas

Salam dan bertemu kembali. Inilah pajeri nenas yg saya masak untuk di makan bersama nasi tomato. Pajeri nenas ini juga boleh di makan bersama apa2 jua jenis nasi. Ini juga resepi dari Kak Liza...terima kasih akak.


Bahan

1 biji nenas(potong kecil)
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa- saya guna 2 cwn saja)
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan (bancuh ngan air- saya guna 4 sb)
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
  2. manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
  3. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
  4. periuk.
  5. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
  6. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails