Saturday, February 6, 2010

Talam Suji

Salam sejahtera semuanya. Hari ini saya buat kuih talam lagi. Saya ni memang peminat setia kuih talam. Sesiapa yang minat boleh cuba resepi kuih talam suji ni...sesiapa yang tak berminat takpe....saya sekadar nak berkongsi resepi. Mari kita lihat resepinya..




Bahan-bahan

Bahan lapisan bawah
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • Bahan lapisan atas.
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar tepung kastard/tpng jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan gula merah/gula melaka
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan dan tutup penutup kukus dengan kain.
  2. Di dalam mangkuk, satukan bahan lapisan bawah. 3. Masukkan kesemua bahan lapisan bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yg di alas plastik dan kukus selama 20 minit.
  4. Sementara itu, buat lapisan atas pula.
  5. Campurkan kesemua bahan lapisan atas dan masak atas api kecil hingga berwap.
  6. Setelah lapisan bawah masak, cakar sedikit guna garpu di permukaannya dan tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.
  7. Kukus semula selama 20 minit dengan api sederhana.
  8. Setelah masak,angkat dan sejukkan.
  9. Setelah benar2 sejuk,barulah boleh di potong.

1 comment:

  1. lama dah cari resepi-resepi ini..salam dan terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails