Saturday, February 27, 2010

Talam Labu

Salam dan selamat sejahtera semuanya. Dah sarapan belum...kalau belum tu mari makan kuih talam labu ni. Sebenarnya saya buat kuih ni untuk minum petang merangkap untuk sarapan pagi sekali. Pada sesiapa yang berminat kuih2 talam ni boleh cuba resepi ni...kalau tak berapa suka tu...tak mengapa. Resepi ni saya dapat dari chef terkenal iaitu Kak Hanieliza di fotopages.com. Kuih talam labu ni memang sedap,lembut dan lemak manis rasanya. Pada peminat labu tu,bolehlah cuba resepi kuih ni. Mari kita lihat bahan2nya. Saya cnp resepi yang sedap ni ya Kak Hanieliza.....maceh........




Bahan-Bahan
Lapisan bawah - [labu ]
1 cawan labu [di parut]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.

4 comments:

  1. cantiknya talam diaaaaa!!!! akak bab2 talam ni masih fail nak buat. asyik terlembikkkkk je!!

    ReplyDelete
  2. Ain>> thanks ain...ikut je resepi ni..mesti jadi punyer...

    ReplyDelete
  3. Salam kak Yati...saya baru je cube resepi akk ni...rasanya sgt sedap,tp kenapa lembik ye?dimana silap sy ye?sy dh ikut sukatan ni,tp lembik pulak..rasa dh ok...pls help me =(

    ReplyDelete
  4. As salam Yatie. Saya bercadang utk membuat kuih talam ini. Nak tanya satu adunan menghasilkan kuih utk berapa orang makan ya?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails