Thursday, February 4, 2010

Sambal Sotong Manis

Sebenarnya lauk sotong ni saya masak masa buat nasi lemak pagi tadi. Rasanya sedap sebab dah lama tak makan sotong. Alang-alang pergi kedai asia,tu yg borong sotong. Apalagi dah lama tak jumpa asyik nak mengayakan lauk sotong jelah. Pada sesiapa yang tak boleh makan/allergy pada sotong tu,tengok jelah ya...meh kita lihat resepinya..





Bahan-bahan

1 kg sotong - potong bulat
5 sudu besar cili kisar
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar gula melaka/brown sugar
2 sudu besar air asam jawa pekat
4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air
1 labu bawang besar - potong bulat

Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sebentar, angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari.
  4. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak.
  5. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam.
  6. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering.
  7. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi.
  8. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat.
  9. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.
  10. Siap dan boleh dihidangkan.

2 comments:

  1. salam kak...sedapnya sambal sotong...terliur nengok nih..kalo makan ngan nasi putih pun buleh bertambah2 ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails