Thursday, January 7, 2010

KEK MARBLE TRIO.




BAHAN-BAHAN.

300 gm butter
280 gm tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb susu tepung (tak payah pun tak pe)
5 biji telur
250 gm gula halus
1 sb ovallete
50 ml susu cair/segar
1 sk vanilla
pewarna/perisa pandan
pewarna/perisa rose

CARA-CARA

  • Pkl butter sehingga kembang. Masukkan tpng gandum yg di ayak bersama susu tpng dan b.powder.
  • Dlm mangkuk lain, satukan telur, gula dan ovallete.
  • Pkl sehingga kembang dan masukkan vanilla.
  • Perlahankan speed dan masukkan adunan butter dan tepung tadi sedikit demi sedikit.
  • Masukkan susu cair dan gaul sebati.
  • Bahagikan pada 3 bahagian dan letak pewarna/ perisa setiap satu bahagian.

CARA MASAK
  • Alas kertas minyak di loyang dan sapu butter di kelilingnya.
  • Tuang dlm 1 sb berselang seli setiap warna
  • Hentak2 sikit loyang dan boleh di bakar selama 45 minit 180 darjah celcius.
  • Angkat dan sejukkan.Biarkan dlm 10 minit barulah keluarkan dari loyang.
  • Dah siap...bolehlah di potong dan seterusnya......ngap....yummy2..

Hari ini saya terpanggil utk membuat kek marble.Resepi asal kek ini adalah dari cik mat gebu.Oleh kerana terdapat bahan2 yg tak ada di sini(US) jadi saya terpaksa ubah sedikit mengikut kesesuaiannya.Alhamdulillah menjadi dan sedap kek ni.
Jangan ragu2.....cubalah....

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Kak, saya ni pantang tengok kek, feberet sgt. Tapi kalau buat saya seorang je dok makan...hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails