Tuesday, January 19, 2010

Kari Daging Kerisik.

Hai bertemu kembali. Hari ni saya masak kari daging kerisik. Biasanya saya makan bersama nasi putih je. Kari ni juga boleh di hidangkan bersama roti canai, roti jala, roti putih dan lempeng. Rasanya semua dah tahu cara masak kari ni...tapi saya nak kongsi bersama rakan2 semua.
Mari kita tengok bahan-bahannya...




BAHAN-BAHAN.


1 kg daging lembu/kambing
3 biji kentang(kupas dan belah 4)
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
1 cwn santan pekat
1 sb gula melaka
4 sb rempah kari daging
2 sb kerisek
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji cili kering (saya guna cili serbuk 1 sb)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMASAK.
  1. Rebus daging hingga empuk.
  2. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails