Sunday, January 31, 2010

Donut Kentang

Hai bertemu kembali. Hari ini saya buat donut kentang. Biasanya saya buat donut biasa je,tapi hari ni saya letak kentang rebus yg di lenyek. Rasanya teramatlah sedap dan lembut. Kalau tak percaya cubalah...dah sejuk pun tetap lembut...mari lihat resepinya..




Bahan-bahan

4 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan susu suam
1 biji telur
1 sudu besar yeast(bancuh dngn sedikit air suam)
3 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 cwn kentang rebus dan lenyek halus
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.Tepung gandum digaul dengan butter dan kentang lenyek sehingga rata dan tuang yis yg di bancuh dngn sedikit air suam.
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu yg dibancuh bersama gula(tuang susu sikit2 biar doh tak lembik sangat)
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6.Bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing(saya bulat2kan doh dan leperkan sedikit,biarkan naik...bila nak goreng baru saya lubangkan tengahnya..)
7.Panaskan minyak dan goreng dngn menggunakan api perlahan.
8.Angkat dan toskan...gaul dengan gula halus atau salut dngn coklat dan di hias.
Selamat Mencuba.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails