Thursday, January 28, 2010

Chocolate Cheese Orange Muffin

Hai apa khabar semuanya. Hari ini saya buat muffin coklat. Rasa muffin ini sedap,lembut dan harum.Mula- mula nak buat tu macam tak percaya sebab coklat campur dengan cheese,di campur lagi dengan jus dan kulit orange. Setelah di cuba inilah hasilnya memang sedap. Resepi ini saya dapat dari cik mat gebu. Terima kasih ya cik mat resepi yang sedap ini.Mari kita lihat resepinya.



Bahan-bahan.

130 g mentega
130 g cream cheese
4 biji telur gred A
150 g gula halus
260 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bikarbonate*
1/2 camca teh baking powder*
40 g serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)
2 camca besar golden syrup (boleh ganti dengan "madu")
1 biji oren, parut kulitnya
50 ml jus oren (perah dari oren di atas)

Cara-cara membuatnya.
  1. Satukan mentega, cream cheese dan gula, putar hingga putih dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk satu telur = 1 minit. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.
  2. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan jus oren, hingga habis. Macam biasa kalau masuk berselang seli, mesti diakhiri dengan tepung. Putar hingga semua sebati.
  3. Kaup adunan dengan spatula untuk meratakan mana2 bahagian dalam mangkuk adunan yang kurang rata. Sudukan adunan 3/4 penuh dalam muffin cup. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga masak.
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga disapu cream dan hias ikut kreativiti masing2....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails