Monday, January 11, 2010

Ayam Percik

Salam, hai bertemu kembali.Hari ini saya masak ayam percik.Terdapat berbagai2 resepi ayam percik dan ini adalah salah satunya yg pernah saya cuba.Kalau kawan2 nak rasa....cubalah resepi yg simple ni ya. Saya bakar guna oven je..... lepas tu bakar sekejap kat api dapur(biar bau2 asap sikit) dah siap tuang dngn kuahnya.





Bahan bahan
  • 1 sekor ayam yang dipotong 8
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit
  • 3 batang serai
  • 1 sk ketumbar(saya guna yg serbuk je..)
  • 1 sk jintan putih(saya guna yg serbuk juga..)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • 3 sb cili kering kisar ( kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Blend bwng besar dan bwng putih,halia,kunyit,serai,ketumbar dan jintan.
  2. Masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam periuk.Masak sebentar sambil di kacau dan masukkan tpng beras yang di bancuh bersama dengan santan.
  3. Masukkan ayam dan biarkan masak sebati(ayamnya separuh masak)
  4. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  5. Sementara tu masak kuahnya sampai didih dan cukup rasa.
  6. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  7. Panggang ayam sebentar di atas api dapur(biar bau2 asap sikit)
  8. Hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails