Thursday, January 14, 2010

Apple Cake.


Bahan-bahan

2 biji epal merah/hijau
4 sudu besar gula

200 gm butter
160 gm gula halus
4 biji telur
200 ml susu segar/fresh cream
300 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder


Cara-cara.

1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2. Gaulkan dengan 4 sudu besar gula.
2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 4 minit atau boleh di masak di atas dapur sehingga epal jadi lembut.Biar sejuk sebentar.


3. Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jadi bentuk krim.
4. Masukkan gula, pukul hingga menjadi putih. Masukkan telur satu persatu.
5. Kemudian masukkan fresh cream/susu segar, kacau sebati.
6. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati.
8. Tuang ke dalam Loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
8. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails